Cari @ Amanz

Huawei Menyasarkan Pengeluaran Telefon Pintar Sepanjang 2018 Akan Melangkaui 200 Juta Unit

Oleh Aman

Link Copied!

Huawei pada pelancaran Nova 3i pada bulan Julai 2018 lepas telah mengumumkan yang mana mereka telah menjual lebih 100 juta telefon pintar ketika itu. Hari ini, berkongsi lanjut ketika pelancaran Nova 4, Huawei menyasarkan mereka akan mengeluarkan lebih 200 juta unit telefon pintar pada 2018 ini.

Melalui sasaran dan pengeluaran peranti, angka 200 juta unit telefon pintar ini dijangka dicapai pada 25 Disember 2018 ini. Dengan peningkatan ini juga, ia memperlihatkan Huawei berjaya menggandakan angka pengeluaran mereka dalam masa beberapa bulan sahaja.

Sekiranya hal ini berterusan, tidak mustahil kita melihat untuk Huawei menjadi antara pengeluar peranti terkemuka dunia. Sebelum ini, pengeluar dari China berkenaan telah menyasarkan untuk menjadi pengeluar peranti terkemuka melangkaui Samsung dalam setahun dua lagi.


Komen ()