Minggu lepas kami laporkan di mana, Google sedang menguji butang untuk menutup kesemua tab pada aplikasi Google Chrome. Tetapi, ketika itu ia hanya ujian secara tertutup oleh pembangun-pembangun Google dan kita hanya lihat rakaman skrin untuk ikon butang tersebut.
Hari ini, fungsi ini hadir pada Chrome Canary jika sesiapa yang ingin mencubanya. Tiada apa-apa flags yang perlu diaktifkan. Bagi yang berminat boleh pergi ke Google Play Store, muat turun Chrome Canary untuk lihat bagaimana ia berfungsi.
Tetapi, harus diingatkan – Chrome Canary adalah sangat tidak stabil. Walaupun banyak ciri/fungsi menarik boleh dicuba, prestasi Chrome Canary tidak membanggakan. Jika anda tidak berani, tunggu sahaja ciri baru ini hadir pada Chrome versi stabil.