Cari @ Amanz

Minggu lepas Xiaomi mengacah satu siri telefon pintar baru, Xiaomi Play. Nama peranti pertama mereka berkemungkinan ialah Xiaomi Mi Play, di mana ini adalah serupa dengan Honor Play. Jika Honor Play adalah telefon pintar yang memfokuskan permua, bagaimana pula dengan Xiaomi Play ini? Adakah untuk permua atau hiburan?

Hari ini, Xiaomi mengacah sekali lagi produk dengan nama Xiaomi Play. Menurut sumber, Xiaomi Play adalah Pocophone F1 yang dijenamakan semula untuk pasaran China. Jika benar ia adalah sebuah lagi Pocophone F1, Xiaomi Play akan dijana dengan Snapdragon 845, pilihan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB dengan sokongan kad mikroSD serta bateri 4000mAh. Kebiasaannya, telefon pintar Xiaomi versi China adalah lebih murah dari versi global – jika benar, kita akan lihat peranti dengan Snapdragon 845 yang lebih murah.

Tetapi, itu hanyalah ura-ura. Tidak pasti lagi jika benar ia adalah Pocophone F1 yang dijenamakan semula atau satu telefon pintar baru. Xiaomi akan lancarkan telefon pintar ini sebelum Hari Krismas, iaitu 24 Disember 2018. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd