Cari @ Amanz

Oxygen OS adalah sistem operasi tersendiri untuk peranti OnePlus yang berasaskan Android. Terkini, Oxygen OS adalah berasaskan Android Pie. Versi stabil untuk OnePlus 6/6T dan untuk OnePlus 5/5T masih lagi dalam bentuk beta. Terbaru untuk OnePlus 6 adalah Oxygen OS Open Beta 9.

OxygenOS

Tidak banyak perkara baru dalam Oxygen OS Open Beta 9 untuk OnePlus 6 ini. Antara yang penting adalah tampalan sekuriti bulan Disember. Kemudian, kemaskini beta ini memberi faedah kepada pengguna iPhone yang ingin berhijrah ke OnePlus. Ini kerana, aplikasi OnePlus Switch dalam kemaskini ini membenarkan data-data dari iPhone dipindahkan kepada peranti OnePlus. Berikut adalah changelog kemaskini ini;

  • Sistem
    • Tampalan sekuriti bulan Disember 2018.
    • Notifikasi apabila aplikasi parallel tidak berfungsi disebabkan data yang rosak.
  • Telefon
    • Menambah sejarah panggilan untuk panggilan yang tidak dikenali.
    • Antaramuka mesej spam dan panggilan dioptimasikan.
  • OnePlus Switch
    • Menyokong pemindahan data iPhone ke OnePlus.

Seperti biasa, jika anda sudah gunakan Oxygen OS Open Beta – boleh kemaskini secara terus melalui kemaskini OTA. Jika tidak, muat turun fail kemaskini dan pasang secara manual. Sayang sekali, sehingga hari ini – tiada Oxygen OS Open Beta untuk OnePlus 6T, kerana OnePlus hentikan sokongan pembangunan dan sokongan Open Beta untuk seketika.

  • Muat Turun
  • Muat Turun Oxygen OS Open Beta 9 Untuk OnePlus 6 Di Sini
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd