Cari @ Amanz

Lenovo Z5 Pro GT Dilancarkan – Hadir Dengan Snapdragon 855 Dan 12GB RAM

Oleh Aman

Link Copied!

Lenovo hari ini telah pun melancarkan beberapa peranti terbaru mereka, termasuk yang mencuri perhatian ramai dengan penawaran spesifikasi tinggi adalah Lenovo Z5 Pro GT.

Lenovo Z5 Pro GT

Lenovo Z5 Pro GT ini hadir dengan rekaan boleh-luncur dan menawarkan penggunaan skrin menyeluruh dihadapan. Ia menggunakan skrin 6.39-inci Super AMOLED, dan kamera swafoto yang disembunyikan dan boleh diakses dengan meluncurkan peranti berkenaan. Skrin ini juga turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari yang terbina padanya.

Menariknya, telefon pintar ini menawarkan spesifikasi peranti yang sangat tinggi. Ia dijana cip Snapdragon 855 yang terkini, selain memori sehingga 12GB RAM. Telefon pintar ini juga hadir dengan pilihan storan sehingga 512GB.

Lenovo Z5 Pro GT

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan gabungan dwi-kamera 16-megapixel + 24-megapixel, selain kamera hadapan 16-megapixel + 8-megapixel.

Dengan pengumuman ini juga, ia seumpama memberikan petanda yang mana Lenovo Z5 Pro GT adalah antara peranti terawal menggunakan Snapdragon 855 dan bukannya OnePlus.

Di China, pengguna boleh pra-tempah peranti ini bermula 15 Januari kelak. Variasi 12GB RAM ini dijangka ditawarkan pada harga mencapai RMB4398 (~RM2659).

Lenovo Z5 Pro GT


Komen ()