Xiaomi Dijangka Memperkenalkan Telefon Android Go Tidak Lama Lagi

Xiaomi Dijangka Memperkenalkan Telefon Android Go Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Dis 19, 2018 oleh .

Xiaomi pada hari ini sedia menawarkan telefon pintar pada harga sangat kompetitif, termasuk menawarkan pilihan peranti dengan Android One melalui siri Mi A2. Selain daripadanya, kini ia dilihat Xiaomi turut akan memperkenalkan telefon pintar dibawah edisi Android Go.

Untuk makluman, Android Go merupakan variasi Android yang disasarkan untuk telefon pintar dengan spesifikasi memori kurang 1GB RAM. Ia turut hadir dengan sejumlah aplikasi yang dioptimasikan untuk penggunaan storan dan juga rangkaian telekomunikasi. Google membangunkan variasi Android Go ini untuk negara-negara membangun yang bergantung kepada peranti berharga rendah dan tidak mempunyai sambungan internet yang pantas.

Xiaomi sedia mempunyai sejumlah peranti mampu-milik dibawah siri Redmi, dan dengan penawaran variasi Android Go ini, Xiaomi dijangka memperkenalkan peranti dinamakan Redmi Go.

Xiaomi dijangka menawarkan sokongan dwi-SIM, memori 1GB RAM, dan skrin mungkin kurang 6-inci untuk peranti Android Go mereka ini. Buat masa ini, ia telah menerima pengesahan dibeberapa buah negara. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai peranti ini dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN