Carian
Kemaskini iOS 12.1.2 Di China Mengubah Animasi Menutup Aplikasi Yang Dipatenkan Qualcomm
December 20, 2018 Effi Saharudin

Perang di antara Qualcomm dan Apple menjadi semakin hangat minggu lalu apabila Qualcomm berjaya mendapat injunksi mengharamkan jualan iPhone di China. Antara sebab yang diberikan ialah Apple didapati bersalah menggunakan paten milik Qualcomm pada iPhone tanpa membayar royalti.

Pada hari Selasa, kemas kini iOS 12.1.2 mula diberikan kepada pengguna global. Tetapi di China ia turut membawakan perubahan kepada animasi menutup aplikasi. Apabila aplikasi ditutup, ia akan mengecil sebelum dipadam. Ini berbeza dengan animasi aplikasi bergerak ke atas sebelum dipadam. Qualcomm masih merasakan Apple melanggar perintah mahkamah kerana terus menjual iPhone di China.

Komen