Cari @ Amanz

Pada hari ini terdapat pelbagai perkhidmatan yang memudahkan pengguna untuk melakukan transaksi. Kini, menyertainya adalah MyPay yang mengkhususkan kepada memudahkan pengguna membuat urusan pembayaran kepada agensi kerajaan dengan mudah.

MyPay Android

MyPay menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dibawah agensi kerajaan dibawah satu hab. Sebaik sahaja pengguna melakukan pendaftaran menggunakan nombor kad pengenalan, ia akan menghimpunkan pelbagai data daripada agensi-agensi kerajaan dan memaparkannya kepada anda dengan mudah.

Antara perkhidmatan yang dipaparkan termasuklah info saman daripada PDRM, saman dari Majlis Perbandaran, info berkaitan cukai jalan daripada JPJ, selain info dari SPR dan beberapa agensi lain. Sekiranya terdapat saman, pengguna turut boleh melakukan pembayaran terus melaluinya – selain untuk cukai jalan anda boleh buat semakan tarikh luputnya.

Untuk makluman, MyPay adalah produk dibawah DAPAT – dimana sebelum ini mereka turut pernah menawarkan pelbagai perkhidmatan kerajaan melalui penggunaan SMS.

Buat masa ini, MyPay masih pada peringkat ujian, dan ia dijangka akan dilancarkan kepada semua pengguna bermula awal Januari 2019 ini. MyPay juga dijangka menambah perkhidmatan seperti KWSP dan sebagainya dibawah mereka dalam masa akan datang.

  • Info
  • Anda boleh mencuba MyPay hari ini dengan menggunakan kod jemputan MYPAYPREVIEW
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd