Cari @ Amanz

Meitu adalah sebuah satu jenama yang terkenal dengan telefon pintar yang memfokuskan swafoto. Ia turut terkenal kerana Meitu adalah antara salah satu pengeluar peranti yang mengeluarkan peranti dengan rekaan telefon pintar yang unik. Kemudian, Xiaomi pula telah mengambil alih perniagaan Meitu yang membenarkan Xiaomi untuk hasilkan dan pasarkan telefon pintar menggunakan jenama Meitu.

Hari ini, Meitu hadir dengan Meitu V7 dan Meitu V7 Tonino Lamborghini iaitu dua telefon pintar yang dijual oleh Meitu sepenuhnya. Kedua-dua Meitu V7 ini menggunakan tetapan tri-lensa 12-megapixel sensor untuk rakaman waktu malam + 20-megapixel lensa ultra sudut lebar dan 8-megapixel sensor kedalaman. Kemudian dengan bantuan algoritma khas dan kecerdasan buatan, Meitu V7 mampu merakam dan mengambil video atau gambar kurang cahaya yang baik. Kamera utama pula adalah dwi-lensa 12+8 megapixel dengan OIS dan EIS berserta empat LED flash, dua dikiri dan dua di kanan.

Meitu V7 dan Meitu V7 Tonino Lamborghini menggunakan skrin OLED 6.21-inci, dijana Snapdragon 845, memori 8GB RAM, storan 128GB, pengimbas cap jari pada butang home, bateri sebesar 3500mAh dan menjalankan Android 9.0 Pie. Panel belakang kedua-dua peranti ini diperbuat daripada kulit lembu, bahagian bawah kamera terdapat logo Meitu dengan kemasan rivet emas 18-karat dan berwarna Cabernet Orange atau Green Dream. Ia dijual pada harga RMB4799 iaitu sekitar RM2907.

Membezakan Meitu V7 biasa dan Meitu V7 Tonino Lamborghini adalah plat besi metalik pada bahagian logo Meitu, bahagian kamera diperbuat daripada kaca dengan kemasan gentian karbon, logo besi Lamborghini yang timbul dan berwarna putih/merah. Versi Tonino Lamborghini ini hadir dengan pilihan storan 256GB atau 512GB yang dijual pada harga RMB8,888 (RM5383) dan RMB10,888 (~RM6595).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd