Cari @ Amanz

Meitu ialah syarikat yang terkenal dengan aplikasi yang mencantikkan wajah pengguna. Mereka turut menghasilkan telefon pintar yang direka khas untuk mengambil swafoto dan melakukan penstriman langsung. Hari ini Xiaom telah mengambil alih perniagaan peranti Meitu dengan perancangan melancarkan peranti yang khusus untuk penggemar swafoto.

Menerusi perjanjian ini, Xiaomi akan bertanggungjawab terhadap rekaan, pemasaran dan jualan peranti Meitu. Peranti berjenama Meitu akan terus dihasilkan dan mungkin menjadi sub-jenama seperti Pocophone dan Black Shark sebelum ini. Dengan ini Xiaomi mempunyai peranti yang mensasarkan pengguna biasa, peminat permua dan swafoto.

Meitu akan terus membangunkan aplikasi kecantikan mereka seperti biasa dan ia mungkin hadir secara terpasang pada lebih banyak peranti Xiaomi. Sebelum ini Vivo dan Oppo adalah jenama yang sinonim dengan swafoto. Selepas ini Xiaomi dengan bantuan Meitu mungkin akan mencabar dengan lebih agresif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd