Cari @ Amanz

OnePlus Didapati Sekali Lagi Menipu Saiz Bingkai Peranti Pada Pengiklanan

Oleh Aman

Link Copied!

OnePlus sebelum ini telah “ditangkap” kerana menipu dalam pemasaran mereka, dan terkini, melalui video terbaru yang mula dipromosikan oleh OnePlus pada laman-laman sosial untuk OnePlus 6T, ia dilihat mereka sekali lagi menipu para pengguna.

Melalui iklan yang dipaparkan, OnePlus memaparkan Oneplus 6T yang menggunakan rekaan nirbingkai menyeluruh – termasuk bahagian dagu peranti yang sangat nipis ketebalannya, berbeza dengan OnePlus 6T yang sebenar yang berbeza.

OnePlus 6T Tipu

Ini bukan kali pertama OnePlus melakukan penipuan untuk bahagian dagu dan bingkai peranti – tetapi pernah melakukan perkara sama sebelum ini ketika pengenalan OnePlus 6 berwarna merah sebelum ini.

Mungkin OnePlus rasa tidak serik – dan juga mungkin tidak rasa bersalah dalam melakukan promosi dengan menggunakan gambaran menipu ini.

Bagi anda sendiri, apa kata anda berkenaan kaedah penipuan dalam pemasaran yang dilakukan oleh OnePlus ini?


Komen ()