Carian
Google Juga Didapati Menipu Saiz Bingkai Peranti Pada Pengiklanan
December 24, 2018 Fahim Zahar

Menipu dalam iklan adalah perkara klise yang dilakukan oleh banyak pengeluar peranti. Baru-baru ini, OnePlus didapati menipu dalam iklan OnePlus 6T yang tidak menampakkan dagu peranti tersebut dan kononnya adalah rekaan skrin nirbingkai penuh. Kini, Google juga dilihat melakukan sedemikian untuk iklan produk mereka.

Iklan ini bukanlah iklan untuk telefon pintar mereka, tetapi pada iklan aplikasi Duo mereka – Google Pixel 3 XL yang digunakan dilihat tiada takuk dan menggunakan rekaan nirbingkai penuh. Hanya selepa beberapa tempoh masa, ramai mula kecam dan Google sunting semula iklan tersebut kepada rekaan Google Pixel 3 XL sebenar.

Turut tular di arena web adalah iklan produk-produk Google melalui video Home Alone Again. Dalam video ini, ia menempatkan di masa yang moden dengan Kevin mempunyai banyak produk Google untuk membantu diri beliau. Satu babak dengan Google Pixel 3 XL telah memperlihatkan rekaan Google Pixel 3 XL yang hampir sama dengan iklan Duo tadi, cuma bahagian Google Assistant kelihatan cacat. Selepas dikecam ramai, Google sunting semula tanpa sebarang jumlah tontonton atau komen terkesan.

Adakah ini satu kesilapan daripada Google atau Google mengacah Pixel Ultra yang sebelum ini tertiris? Tetapi kami rasa, Google benar-benar silap kerana hanya sekelip mata setiap iklan ini telah dibaiki.

Komen