Carian
ZTE
ZTE Turut Mempatenkan Rekaan Peranti Skrin Boleh Dilipat
December 24, 2018 Effi Saharudin

Tahun 2019 dijangka menjadi tahun peranti dengan skrin boleh dilipat akhirnya dijual. Samsung telahpun memperlihatkan rekaan peranti Galaxy F mereka dengan teknologi Infinity Flex. Pengeluar lain kesemuanya menunjukkan minat yang sama. ZTE berkemungkinan akan turut mengikut trend ini selepas turut mempatenkan rekaan peranti skrin boleh dilipat mereka.

Tidak mengejutkan ia turut mempunyai persamaan dengan paten syarikat lain. Sebuah skrin utama pada bahagian dalam boleh dilipat dengan skrin sekunder pada bahagian luar akan digunakan apabila di dalam posisi tertutup. Turut kelihatan rekaan mekanisme lipatan serta sistem pengimbas cap jari panel belakang.

ZTE mempunyai sejarah menghasilkan peranti yang boleh dilipat kerana sebelum ini melancarkan ZTE Axon M. Seperti Kyocera Echo, kedua-dua peranti dwi-skrin boleh lipat ini walau bagaimanapun kurang mendapat sambutan.

Komen