Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Mula Menerima Kemaskini Android Pie

Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Mula Menerima Kemaskini Android Pie

Diterbitkan pada Dis 24, 2018 oleh .

Samsung Galaxy S9 dan S9+ dilancarkan pada bulan Mac yang lalu dengan Android 8.0. Pada awalnya ia disasarkan akan menerima kemas kini ke Android Pie pada bulan Januari. Menurut laporan Sammobile, kedua-dua peranti ini telah mula menerima kemas kini Android Pie di Jerman.

Menerusi Android Pie, peranti turut akan menerima antaramuka terbaru Samsung One UI. Antaramuka ini lebih minimalis direka untuk penggunaan sebelah tangan serta tema gelap pada keseluruhan sistem. Kemas kini sudah lama dinantikan pengguna kedu-dua peranti mercu ini. Bagi pengguna di Malaysia, biasanya peranti tempatan akan menerima kemas kini perisian beberapa minggu selepas pengguna di Eropah.


TIPS & ULASAN