Carian
Isi Minyak RM40 Di Petron, Dan Bayar RM20 Sahaja Melalui WeChat Pay
December 24, 2018 Aman

Petron sebelum ini telah sedia mengumumkan kerjasama dengan pihak WeChat Pay – sekaligus menerima pembayaran secara nirtunai melalui stesen minyak mereka. Terkini, selari dengannya, mereka turut mengadakan sebuah promosi ringkas untuk para pengguna WeChat Pay.

WeChat Pay Petron

Bagi pengguna WeChat Pay yang membuat pembayaran pertama di Petron, anda akan menerima diskaun sehingga RM20 untuk belanja minimum RM40. Ini boleh digunakan untuk pembelian di stesen minyak berkenaan – termasuk untuk pengisian minyak, sekaligus menjadikan promosi ini sangat berbaloi.

Selain daripada itu, untuk pembayaran kali kedua hingga kali ke 4, pengguna turut akan diberikan rebat sebanyak RM10.

Bagi anda yang sering mengisi minyak di Petron, mungkin promosi ini sangat berbaloi, dan boleh ditebus oleh anda sehingga 31 Januari 2019 kelak. Anda boleh menyemak stesen minyak yang tertakluk dengan promosi ini, dan berjimat hari ini.

Komen