Cari @ Amanz

Pengguna Laman Dewasa Di UK Perlu Membuktikan Mereka Berusia 18 Tahun Ke Atas Bermula Tahun Hadapan

Link Copied!

Akses kepada pornografi adalah masalah yang amat merisaukan golongan ibu bapa dan agamawan di negara kita. Pihak SKMM kerap memantau dan menghalang akses kepada laman dewasa di negara kita bagi membendung gejala ketagihan kandungan lucah. Di United Kingdom undang-undang baru telah diluluskan minggu ini yang memerlukan pengguna membuktikan mereka berusia 18 tahun ke atas sebelum boleh mengakses laman lucah.

Menurut Akta Ekonomi Digital yang diluluskan minggu lalu, laman perlu mempunyai sistem yang meminta pengguna membuktikan umur mereka terlebih dahulu walaupun ia sebuah laman percuma. Bukti identiti serta umur boleh diberikan dalam bentuk lesen memandu, kad kredit atau kad AVSecure. Kad AVSecure yang menggunakan rantaian blok akan dijual di 60,000 premis di UK kepada individu yang boleh membuktikan mereka cukup umur.

Laman dewasa diberikan masa selama 90 hari untuk mengaktifkan sistem pengesahan umur ini dan undang-udang akan berkuatkuasa bermula April 2019. Pengenalan sistem ini diharap dapat melindungi remaja bawah umur dari mengakses kandungan lucah yang tidak sesuai ditonton oleh mereka.


Komen ()