Cari @ Amanz

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini telah mengeluarkan notis, dimana mereka sekali lagi menekankan supaya memastikan peranti mudah-alih yang dimiliki anda mempunyai pengesahan pihak SIRIM.

Pada hari ini, dengan perkembangan arena e-dagang, terdapat ramai pengguna yang membeli peranti secara import dan menggunakannya di Malaysia tanpa pengesahan SIRIM. Hal ini sekaligus membawa kepada peningkatan kes-kes berkaitan gangguan frekuensi gelombang.

Ini kerana peranti di luar negara mungkin menggunakan frekuensi gelombang berbeza dengan Malaysia untuk perkhidmatan selular dan sebagainya. Dengan menggunakan peranti yang tidak mempunyai pengesahan Sirim, terdapat kebarangkalian yang mana peranti yang anda miliki menganggu frekuensi sekaligus menjejaskan pengalaman pengguna lain.

Sebelum ini, SKMM pernah mengatakan yang mana seseorang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tidak melebihi 6 bulan sekiranya memiliki atau menjual peranti tanpa label SKMM.

Pengguna boleh menyemak peranti mereka sama ada mempunyai pengesahan SIRIM atau sebaliknya melalui perkhidmatan Check Your Label yang disediakan oleh SKMM – sekaligus memastikan kesahihan dan keaslian sesuatu produk berkenaan sebelum membelinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd