Apple Dilaporkan Akan Memasang iPhone Mercu Di India Pada Tahun 2019

Apple Dilaporkan Akan Memasang iPhone Mercu Di India Pada Tahun 2019

Diterbitkan pada Dis 28, 2018 oleh .

Apple membuka kilang di India tahun lalu bagi memasang peranti iPhone SE yang menerima potongan cukai menerusi skim Made In India. Ini sedikit sebanyak mengurangkan harga jualan peranti yang jatuh ke dalam kategori kurang mampu milik di negara tersebut. Sungguhpun begitu strategi pemasaran mereka kurang berjaya dan Apple menghadapi masalah mengembangkan jualan di India.

Menurut laporan Reuters semalam, Apple dan Foxconn akan mula memasang iPhone mercu di India seawal tahun hadapan. Foxconn dipercayai akan melabur 25 bilion Rupee (~RM 1.48 bilion) bagi membina kilang di bandar Sriperumbudur yang terletak di Tamil Nadu. Antara peranti yang dipercayai bakal dipasang di kilang baharu ini ialah iPhone X.

Tindakan Apple dan Foxconn ini dilihat sebagai serampang dua mata untuk mengurangkan harga jualan iPhone mercu di India tetapi juga mengurangkan risiko harga peranti meningkat sekiranya Amerika Syarikat mengenakan tarif import yang tinggi terhadap produk yang dikilangkan di China


TIPS & ULASAN