Redmi merupakan salah satu jenama telefon pintar dibawah Xiaomi yang memfokuskan kepada penawaran telefon pintar mampu-milik. Terkini, selain sub-jenama Poco dibawah Xiaomi, pengeluar dari China berkenaan turut merancang untuk mengasingkan jenama Redmi sebagai penawaran berasingan.
Hal ini didedahkan oleh Xiaomi melalui poster untuk acara baru yang dijadualkan pada minggu hadapan – 10 Januari 2019 kelak.
Redmi dijangka akan memperkenalkan telefon pintar terbaru dan berkuasa dibawah Redmi – hadir dengan kamera 48-megapixel pada bahagian belakangnya. Info penuh mengenai telefon pintar ini masih tidak diketahui, dan akan diumumkan secara rasminya pada minggu hadapan.
Kita juga mungkin akan mengetahui lebih lanjut mengenai perancangan Redmi pada acara berkenaan kelak.