Carian
Pengharaman Jualan iPhone 8 Dan 7 Di Jerman Berkuatkuasa Hari Ini
January 4, 2019 Effi Saharudin

Pada 21 Disember lalu, Qualcomm memenangi injunksi menghalang jualan iPhone 8 dan 7 kerana didapati melanggar paten milik mereka untuk sistem penjimatan tenaga bateri pada telefon ketika menghantar dan menerima signal rangkaian mudah-alih. Pengharaman jualan kedua-dua model ini akhirnya dikuatkuasakan selepas Qualcomm membayar bon bernilai 1.34 billion Euros (~RM 6.37 bilion) kepada mahkamah Jerman,

Bayaran bon ini adakah antara syarat yang kenakan oleh mahkamah Jerman ke atas Qualcomm. Pengharaman jualan kedua-dua model ini pasti mendatangkan impak ke atas Apple yang telahpun mengurangkan ramalam pendapatan mereka semalam kerana jualan iPhone yang tidak menepati sasaran. Model iPhone lama masih lagi laku jualannya kerana kini harga yang lebih mampu milik berbanding iPhone XS dan XS Max.

Apple masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai pengharaman jualan ini tetapi iPhone 8 dan iPhone 7 tidak lagi ditawarkan pada laman rasmi mereka di Jerman.

Komen