Carian
Razer Phone 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan
January 7, 2019 Aman

U Mobile sebelum ini telah pun mengacah bakal membawa masuk Razer Phone 2 untuk pasaran tempatan. Kini, lanjutan daripadanya, pihak Razer hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Razer Phone 2 untuk pasaran Malaysia pada 15 Januari 2019 kelak.

Seperti ramai sedia maklum, Razer Phone 2 merupakan telefon pintar memfokuskan permua daripada Razer. Ia hadir dengan spesifikasi yang sangat tinggi, dilengkapi skrin pada kadar segar semula 120Hz, selain pencahayaan pada bahagian belakang peranti berkenaan.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai harga jualan dan tarikh penawaran rasmi kepada umum pada acara pelancarannya minggu hadapan.

Komen