Bersama-sama pengumuman Pelan Kesalinghubungan Negara (NCP), pihak Digi turut mengambil peluang dalam menawarkan perkhidmatan internet melalui talian TNB untuk pengguna di Jasin.
Melalui pakej yang ditawarkan, Digi menawarkan dua pakej untuk pengguna di Jasin, iaitu 50Mbps pada harga RM95 sebulan, selain pakej 100Mbps pada harga RM129 sebulan. Digi turut mengatakan yang mana pengguna di Jasin akan menerima sedikit diskaun untuk melanggan pakej 100Mbps pada harga RM125 sebulan sebagai promosi.
Bagi anda yang berada di Jasin, mungkin boleh menyemak penawaran Digi Home Fiber ini hari ini.
- Info
- Langgan : Digi Home Fiber