Semua Peranti Android Kini Boleh Menstrim Kualiti Master Pada Aplikasi Tidal

Semua Peranti Android Kini Boleh Menstrim Kualiti Master Pada Aplikasi Tidal

Diterbitkan pada Jan 10, 2019 oleh .

Spotify adalah salah satu platform penstriman muzik yang popular. Selain Spotify, Joox turut terkenal di kalangan pengguna WeChat. Satu lagi adalah Tidal, Tidal juga adalah platform penstriman muzik – tetapi ia terkenal di kalangan audiophile kerana Tidal mempunyai kandungan muzik lossless, HiFi dan hanya memfokuskan kualiti audio yang tinggi.

Pada aplikasi Tidal, tetapan penstriman paling tinggi untuk peranti Android adalah Master. Tetapi ia hanya terhad kepada peranti LG kerana mempunyai spesifikasi audio yang hebat dan Essential Phone kerana mempunyai aksesori modular audio definisi tinggi yang premium. Dalam kemaskini terkini Tidal, tetapan Master ini boleh digunakan kepada semua pengguna Android. Tidal bekerjasama dengan MQA (Master Quality Authenticated) untuk hasil audio HiFi ini. Walau bagaimanapun, tidak semua kandungan menyokong kualiti Master – akan tetapi, sebanyak 150,000 muzik boleh distrim pada kualiti ini.

Tidal sebelum ini menawarkan penstriman muzik pada kualiti HiFi dengan resolusi 44.1kHz/16bit. Melalui tetapan penstriman Master ia menawarkan resolusi audio dua kali ganda nilai dari HiFi, iaitu 96kHz/24bit. Untuk menstrim pada tetapan Master, pengguna perlu langgan kepada Tidal HiFi dengan tanda harga RM29.80 sebulan. Jika ingin berjimat, mungkin boleh langgan pelan keluarga dengan harga serendah RM7.45 sebulan.

Muat Turun Tidal Di Google Play Store


TIPS & ULASAN