SKMM Akan Mulakan Ujian Rintis Internet Menggunakan Teknologi Satelit Di Sabah Dan Sarawak

SKMM Akan Mulakan Ujian Rintis Internet Menggunakan Teknologi Satelit Di Sabah Dan Sarawak

Diterbitkan pada Jan 10, 2019 oleh .

Pada minggu ini, SKMM bersama-sama kerajaan Melaka telah pun mengumumkan pelancaran projek rintis di Jasin yang menggunakan rangkaian jalur-lebar milik Tenaga Nasional dalam menawarkan internet berkelajuan tinggi.

Dengan langkah ini, ia menawarkan akses terbuka alternatif dalam membolehkan penyedia perkhidmatan menawarkan internet berkelajuan tinggi kepada rakyat setempat – sehingga 1Gbps.

NCP

Kini, lanjutan daripadanya, pihak SKMM mengumumkan yang mana mereka merancang untuk melakukan lebih banyak projek rintis seumpama di Jasin di kawasan-kawasan lain. Menariknya, SKMM turut mengatakan yang mana mereka ingin menguji teknologi satelit untuk capaitan internet di Sabah dan Sarawak.

Ujian rintis untuknya dijangka akan dimulakan tidak lama lagi, dan pihak SKMM bakal mengumumkan tarikh pelancarannya tidak lama lagi.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai inisiatif kerajaan dalam memperluaskan penawaran internet berkelajuan tinggi ini ke seluruh Malaysia.


TIPS & ULASAN