Xiaomi semalam telah melancarkan sub-jenama terbaru mereka secara rasminya, iaitu Redmi. Telefon pertama dibawah siri berkenaan adalah Redmi Note 7 yang hadir dengan ciri-ciri premium, termasuk rekaan menawan dan juga kamera belakang 48-megapixel.
Selari dengannya juga, Redmi mengumumkan yang mana mereka kini menjanjikan jaminan selama 18 bulan lamanya. Redmi Note 7 akan menjadi telefon pertama mereka yang hadir dengan jaminan selama 18 bulan – sekaligus memperlihatkan keyakinan mereka terhadap kualiti binaan peranti. Pada hari ini, kebanyakkan peranti hadir dengan jaminan selama 12 bulan.
Buat masa ini, Redmi mengumumkan sokongan jaminan selama 18 bulan ini di China sahaja. Ia tidak diketahui lagi sama ada hal sama akan diguna-pakai di seluruh dunia atau sebaliknya.