Cari @ Amanz

Tahun lepas, Xiaomi mengumumkan di mana mereka akan mula menjual pencetak mudah alih di bawah nama Mijia. Tetapi tiada butiran lengkap mengenai pencetak ini. Akhirnya, baru-baru ini – pencetak ini telah mula dijual di laman rasmi China dan harga jualannya juga agak menarik.

Xiaomi Mi Home Photo Printer adalah pencetak tersebut. Ia adalah pencetak gambar dengan saiz cetakan maksima adalah 6-inci. Pengguna pula hanya perlu membuat sambungan secara nirwayar kepada pencetak untuk mencetak. Menurut Xiaomi, pencetak ini turut sesuai untuk mencetak gambar bersaiz passport, cetakan potret, cetakan gambar kenangan, cetakan secara terus dari WeChat atau juga cetakan kualiti HD.

Selain daripada WeChat, pengguna turut boleh menggunakan aplikasi Mijia dan Apple AirPrint untuk mencetak secara nirwayar. Aplikasinya turut mempunyai sokongan untuk membuat suntingan. Menarik sekali, cetakan melalui Xiaomi Mi Home Photo Printer ini – hasil gambar tidak akan pudar. Kemudian, dakwatnya turut adalah kalis air, anti kotoran cap jari dan antioksida. Setiap cetakan, kertas gambarnya akan dilindungi terus dengan plastik pelindung.

Pencetak ini menggunakan kertas gambar khas bersama-sama dengan dakwat khas dengan ribbon terbina. Dakwat khas ini dibina kerana Xiaomi ingin menawarkan kepada pengguna yang pencetaknya mempunyai ribbon yang bebas dakwat. Melalui ini juga, setiap haisl gambar adalah subliminasi dan sama seakan di kedai-kedai.

Xiaomi Mi Home Photo Printer dijual pada harga hanya RMB499 (~RM303) dan dakwat khas pula dijual bersama-sama dengan 40 keping kertas gambar pada harga hanya RMB59 (~RM36).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd