Cari @ Amanz

Minggu lalu Samsung mengesahkan Galaxy S10 akan dilancarkan pada 20 Februari di acara Unpacked. Rekaan hadapan peranti dengan skrin berlubang ini juga telah ditiriskan sendiri pada laman rasmi mereka. Semalam Samsung mengesahkan pula peranti pertama dengan skrin boleh lipat akan turut dilancarkan pada tarikh yang sama.

Samsung telah meletakkan papan iklan berbahasa Korea pada bangunan Place de la Concorde di Paris. Apabila dialih bahasa  “미래를 펼치다” dan“이월 이십일” memberikan maksud “masa hadapan akan dibuka” dan “20 Februari”. Ini dengan jelas memberikan petanda peranti yang dipercayai akan menggunakan nama Galaxy F akan dilancarkan serentak dengan Galaxy S10 kelak. Persoalan di kalangan pengguna pastinya ialah harga jualannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd