Nike Berkongsi Video Acah Kasut Swa-Ikat Yang Dikawal Menggunakan Telefon Pintar

Nike Berkongsi Video Acah Kasut Swa-Ikat Yang Dikawal Menggunakan Telefon Pintar

Diterbitkan pada Jan 15, 2019 oleh .

Kasit swa-ikat Nike pada asalnya adalah produk fantasi dari filem Back To The Future 2 pada tahun 1989. Pada tahun 2016 kasut Nike MAG dengan sistem swa-ikat ini menjadi realiti tetapi dijual pada jumlah terhad. Kemudian pada tahun yang sama Nike HyperAdapt 1.0 dilancarkan. Versi terkini Nike HyperAdapt akan dilancarkan tahun ini dan video acah terkini telah dikongsi oleh Nike.

Menerusi video acah di atas, jelas sekali sistem swa-ikat kasut ini boleh dikawal menggunakan sebuah telefon pintar. Tali kasut boleh diikat secara serentak atau secara individu. Video walau bagaimanapun hanya menunjukkan reaksi pengguna terawal mencuba sistem terkini ini tanpa menunjukkan rekaan kasut itu sendiri. Harga sepasang kasut HyperAdapt terkini ini dijangka sekitar $350 (~RM 1434) sepasang apabila dipasarkan kelak.


TIPS & ULASAN