Carian
Google Akan Membuang Aplikasi Yang Mengakses Log Panggilan Telefon Dan SMS Dari Play Store
January 15, 2019 Effi Saharudin

Pada bulan Oktober yang lalu, Google mengumumkan Android akan mula menghalang aplikasi dari mempunyai kebenaran mengakses log panggilan telefon dan SMS. Akses kepada dua fungsi ini digunakan oleh aplikasi hasad untuk mencuri data peribadi pengguna. Hari ini Android mengumumkan langkah drastik untuk membuang aplikasi yang mengakses kedua-dua fungsi ini dari Play Store.

Menerusi polisi terbaru ini, pembangun diberikan masa 90 hari untuk membuang keperluan mengakses log panggilan telefon dan SMS dari aplikasi mereka. Jika akses kepada kedua-dua fungsi ini diperlukan, pembangun perlu memberikan deklarasi mengapa ia dilakukan. Pembangun diberikan masa sehingga 9 Mac untuk melakukan deklarasi.

Selepas tempoh tersebut aplikasi yang masih memerlukan akses akan dibuang dari Play Store jika gagal menghantar deklarasi yang diperlukan oleh Google. Dengan pengguna yang semakin cakna dengan data peribadi mereka, langkah terkini Google ini pastinya dihargai.

Komen