iPhone 2019 Mungkin Menggunakan USB-C Dan iPod Touch Turut Bakal Dikemaskini

iPhone 2019 Mungkin Menggunakan USB-C Dan iPod Touch Turut Bakal Dikemaskini

Diterbitkan pada Jan 15, 2019 oleh .

Dengan iPad Pro 12.9″ dan 11″. Apple akhirnya menggunakan port USB-C pada produk dengan sistem operasi iOS. Ini membolehkan pelbagai aksesori sedia ada digunakan oleh iPad Pro tanpa keperluan membeli penyesuai Lightning terlebih dahulu. Hari ini laman Macotakara melaporkan iPhone 2019 juga akhirnya dilengkapi port USB-C dan iPod Touch turut akan dikemaskini.

Kali terakhir iPod Touch dikemaskini ialah pada tahun 2015 yang juga merupakan versi generasi keenam pemain muzik popular ini. Laman Macotakara mempunyai sejarah melakukan ramalan awal yang kemudian menjadi benar seperti iPad Pro baharu dengan rekaan tubuh lebih kecil serta tanpa bicu audio. Sekiranya ramalan ini turut menjadi benar, proses membeli kabel dan aksesori akan menjadi lebih mudah kerana perkongsian port USB-C.


TIPS & ULASAN