Cari @ Amanz

Sebanyak 11 Juta Bateri iPhone Telah Ditukar Pada Tahun 2018

Link Copied!

Pada tahun lepas, Apple telah memulakan program penukaran bateri untuk iPhone-iPhone yang layak. Program ini diadakan pada satu dunia, termasuk Malaysia. Di Malaysia, Switch dan Machine yang menguruskan program ini.

Menurut 9to5Mac, Tim Cook mengatakan sebanyak 11 juta bateri iPhone telah ditukar sepanjang tahun 2018. Kebiasaannya, bateri iPhone yang ditukar pada setiap tahun adalah 1-2 juta sahaja. Tetapi untuk tahun 2018, ia mencapai angka melebihi 11 kali ganda dari yang dijangkakan.

Adakah anda salah seorang pengguna iPhone yang turut menukar bateri melalui program khas ini? Jika ya, berapa banyak bateri iPhone yang anda tukar dan setelah berapa tahun anda gunakan iPhone tersebut sebelum menukar baterinya?


Komen ()