Cari @ Amanz

Maybank sebelum ini telah mengumumkan peralihan kepada penggunaan perbankan Secure2u pada perkhidmatan Maybank – sekaligus menjadikan transaksi lebih selamat dan mudah berbanding penggunaan SMS TAC sebelum ini. Kini, selari dengannya, Maybank turut mengumumkan yang mana semua transaksi di aplikasi mudah-alih Maybank akan beralih kepada penggunaan Secure2U menggantikan SMS TAC.

Maybank Secure2U

Peralihan ini akan berlaku pada 22 Januari 2019 kelak. Maybank mengatakan peralihan ini akan melibatkan semua transaksi pada aplikasi berkenaan – termasuk Instant Transfer, Interbank Giro Transfer, pembayaran bil, dan juga tambah-nilai prabayar.

Secure2U merupakan kaedah pengesahan transaksi baru dimana ia ditawarkan dalam bentuk Secure Verification atau Secure TAC yang dijana melalui aplikasi mudah-alih. Secure2U dipautkan pada peranti anda dan akaun Maybank2U, sekaligus lebih memudahkan anda melakukan transaksi berbanding keperluan menantikan SMS TAC sebelum ini.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Maybank, mungkin boleh bersedia untuk peralihan ini yang akan berlaku bermula 22 Januari 2019 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd