Gambar Satu Lagi Rekaan Prototaip iPhone 2019 Hadir Ke Arena Web

Gambar Satu Lagi Rekaan Prototaip iPhone 2019 Hadir Ke Arena Web

Diterbitkan pada Jan 16, 2019 oleh .

Pada minggu lepas, kita telah melihat gambaran awal untuk iPhone tahun ini yang hadir berdasarkan kepada beberapa info awal – yang mana memperlihatkan penyertaan tiga kamera pada bahagian belakang dengan rekaan yang sedikit pelik. Ketika ia dikongsikan oleh @Onleaks, ia sedia dikatakan yang mana rekaan berkenaan adalah rekaan awal dan terdapat kemungkinan rekaan akhir iPhone 2019 kelak adalah berbeza.

Kini, selari dengannya, gambaran satu lagi prototaip iPhone 2019 hadir ke arena web melalui CompareRaja. Melalui gambaran prototaip terbaru ini, ia membawakan rekaan yang lebih kemas berbanding sebelumnya dengan kedudukan kamera ditengah, selain takuk yang sedikit kecil.

Apple iPhone 2019

Menurut @Onleaks, kedua-dua rekaan prototaip ini sedang diuji oleh pihak Apple. Tidak mustahil juga untuk kita melihat lebih banyak rekaan diuji sebelum versi akhir dipilih.

Mengikut laporan WSJ, ia dikatakan iPhone 2019 kelak akan hadir dalam tiga variasi berbeza, dan model paling berkuasa akan menyertakan tri-kamera pada bahagian belakang.

Bagi anda, apa kata anda berkenaan dengan rekaan prototaip baru ini?


TIPS & ULASAN