Mahkamah Menolak Rayuan Apple Ke Atas Bayaran Ganti Rugi RM 1.8 Bilion Kepada VirnetX

Mahkamah Menolak Rayuan Apple Ke Atas Bayaran Ganti Rugi RM 1.8 Bilion Kepada VirnetX

Diterbitkan pada Jan 16, 2019 oleh .

VirnetX berjaya menyaman Apple yang melanggar paten sistem keselamatan atas talian milik mereka yang digunakan pada aplikasi seperti iMessage. Pada Oktober 2017 mahkamah mengarahkan Apple membayar VirnetX ganti rugi berjumlah $439,727,418 (~RM 1.8 Billion). Apple segera melakukan rayuan ke atas keputusan ini.

Hari ini mahkamah telah menolak rayuan kedua yang difailkan oleh Apple dan kini mereka akan mengemukakan sebuah lagi rayuan ke atas keputusan terkini ini. Kes di antara VirnetX dan Apple ini telah berlarutan sejak 2010 dan juri mendapati Apple bersalah pada Februari 2016. Apple kecewa dengan keputusan ini kerana VirnetX dikatakan hanyalah sebuah syarikat toyol paten yang tidak pernah menghasilkan produk.


TIPS & ULASAN