Gambar Samsung Galaxy S10+ Tertiris Menunjukkan Lubang Skrin Berbentuk Bujur
Artikel Berkaitan

Gambar Samsung Galaxy S10+ Tertiris Menunjukkan Lubang Skrin Berbentuk Bujur

Diterbitkan pada Jan 17, 2019 oleh .

Empat versi Samsung Galaxy S10 dijangka dilancarkan pada 20 Februari kelak. Versi dengan skrin paling besar ialah Galaxy S10+ yang dikatakan hadir dengan skrin sebesar 6.4 inci yang setanding dengan yang ditemui pada Galaxy Note 9 tahun lalu. Gambar Galaxy S10+ di dunia sebenar akhirnya tertiris menerusi laman Reddit r/Samsung hari ini.

Dari apa yang dapat dilihat peranti mempunyai lubang skrin berbentuk bujur pada bucu atas sebelah kanan. Saiznya juga agak besar berbanding yang ditemui pada Galaxy A8S dan Galaxy S10 yang tertiris beberapa minggu yang lalu. Bahagian dagu, dahi dan bezel sisi juga kelihatan nipis. Rekaan penuh peranti walau bagaimanapun tersorok kerana penggunaan kerangka yang agak besar.


TIPS & ULASAN