Microsoft Akan Mengasingkan Cortana Dari Microsoft Search Dalam Kemaskini Bulan April

Microsoft Akan Mengasingkan Cortana Dari Microsoft Search Dalam Kemaskini Bulan April

Diterbitkan pada Jan 17, 2019 oleh .

Cortana dan bar carian untuk Windows buat masa ini digabungkan dalam satu bahagian. Ini kerana, bar carian Windows adalah untuk menaip dan Cortana boleh digunakan melalui arahan suara. Kemudian, pada September 2018 – Microsoft mengumumkan Microsoft Search yang menyatukan carian Windows 10, Bing dan Office dalam satu bahagian.

Terkini, Microsoft dilihat akan mengasingkan Cortana daripada Microsoft Search. Menurut Ketua Program Windows Insider, Dona Sarkar – dengan pengasingan ini setiap fungsi Cortana dan Microsoft Search ia boleh berpengalaman berinovasi secara bersendirian. Ini juga adalah satu strategi Microsoft bagi menambah baik lagi fungsi Microsoft Search.

Microsoft pernah merancang untuk hadir dengan fungsi carian seakan Apple, di mana ia mempunyai tetingkap tersendiri. Dengan pengasingan ini, mana tahu – Microsoft Search akan menjadi lebih cekap. Kemaskini ini dijadualkan untuk diedarkan pada bulan April kelak.


TIPS & ULASAN