Spotify Menguji Mod Memandu Pada Sebilangan Pengguna Sekali Lagi

Spotify Menguji Mod Memandu Pada Sebilangan Pengguna Sekali Lagi

Diterbitkan pada Jan 17, 2019 oleh .

Spotify adalah platform penstriman muzik yang agak popular. Walaupun ia popular, tetapi ia kekurangan satu ciri yang bagi saya agak penting. Ciri tersebut adalah mod memandu. Mungkin mereka yang sudah mempunyai kenderaan dengan inforia, tidak begitu hairan dengan fungsi seperti ini – tetapi yang tidak mempunyai inforia pada kenderaan mereka, fungsi ini amat membantu.

Spotify kini dilihat sedang menguji mod memandu pada beberapa pengguna yang terpilih. Fungsi baru ini dilihat akan bertukar secara automatik jika ia mengesan yang peranti pengguna ditambat kepada Bluetooth kereta. Mod memandu ini akan mengubah antaramuka Spotify kepada saiz yang berkali ganda besar dari biasa. Kemudian, gambar seni album tidak akan dipaparkan. Mod memandu baru Spotify ini digelar sebagai Car View dan ia turut boleh berubah jika disambungkan melalui bicu audio di kereta.

Pengguna yang tidak berminat turut boleh kawal melalui tetapan Spotify untuk mematikan fungsi ini. Car View untuk Spotify ini dilihat hadir melalui kemaskini dari bahagian pelayan dan bermula untuk Android. Mungkin kita akan lihat fungsi ini hadir secara lebih meluas dan tidak seperti dua tahun lepas, di mana mod memandu yang telah diuji terus tiada khabar.


TIPS & ULASAN