Tahun lalu peranti Vivo Apex diperlihatkan dengan rekaan hampir semua skrin. Peranti konsep ini kemudiannya dilancarkan sebagai Vivo NEX yang mempunyai sistem kamera swafoto berbentuk periskop serta pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Pihak Vivo baru sahaja mengesahkan Vivo Apex 2019 akan dilancarkan pada 24 Januari ini.
Dari imej acah yang dikongsi, ia memberikan petunjuk bahawa ia sebuah peranti dengan luas permukaan skrin hadapan yang besar dan melengkung pada keempat-empat arah. Kami menjangka peranti ini mungkin akan dilancarkan dengan pengimbas cap jari dengan kawasan imbasan yang lebih besar berbanding NEX tahun lalu.
Memandangkan Apex 2018 akhirnya dijual sebagai NEX, tidak mengejutkan jika Apex 2019 juga akan dijual sebagai NEX 2 dalam masa terdekat.