Carian
Microsoft Menghentikan Sokongan Peranti Windows 10 Mobile Pada 10 Disember 2019
January 19, 2019 Fahim Zahar

Sistem operasi Windows Phone dilancarkan sebagai alternatif kepada Android dan iOS. Pasca pelancaran terdapat ramalan ia akan menjadi sistem operasi dominan untuk telefon pintar sama seperti Windows adalah sistem operasi dominan untuk PC. Sudah hampir dua tahun tiada peranti Windows 10 Mobile dilancarkan.

Terkini Microsoft mengumumkan penghentian sokongan kepada peranti Windows 10 Mobile bermula 10 Disember 2019. Ini adalah untuk peranti yang menggunakan versi 1709 sahaja. Untuk pengguna peranti dengan versi 1703, ia akan dihentikan lebih awal pada 11 Jun 2019, Microsoft menyarankan pengguna untuk menggunakan sistem operasi lain seperti Android dan iOS.

Sebagai seorang bekas pengguna peranti Windows Phone suatu ketika dahulu kami amat menggemari rekaan minimalisnya yang selari dengan rekaan Windows 8. Namun tiadanya sokongan aplikasi dan peranti yang agak perlahan adalah antara faktor kejatuhannya.

Komen