Carian
Rekaan Samsung Galaxy S10+, S10 Dan S10E Tertiris Lagi
January 19, 2019 Effi Saharudin

Seperti dijangka pelbagai maklumat rekaan dan spesifikasi peranti akan tertiris semakin hampir ia ke tarikh pelancaran. Hari ini rekaan tiga model Samsung Galaxy S10 telah tertiris menerusi akaun @evleaks. Dari yang dapat anda lihat, susunan kamera disahkan mendatar pada sama seperti yang ditemui pada Galaxy Note 9 sebelum ini.

Samsung Galaxy 10E hanya dilengkapi sistem dwi-kamera pada bahagian belakang. Samsung Galaxy S10 dan Galaxy S10+ pula mempunyai sistem tri-kamera. Ini menguatkan ura-ura terdahulu bahawa kedua-dua peranti ini akan mempunyai kamera lensa sudut ultra lebar yang dipopularkan oleh Mate 20 Pro. Terdahulu sistem kamera yang sama diperkenalkan pada peranti Samsung menerusi Galaxy A7 2018.

Jelas juga kelihatan pada Galaxy S10+, sistem dwi-kamera di dalam takuk berbentuk bujur digunakan. Pada S10 dan S10E, hanya satu lubang kamera digunakan pada skrin Infinity-O yang diperlihatkan beberapa bulan yang lalu.

Komen