Cari @ Amanz

Sejak tahun lalu terdapat beberapa negara seperti Australia dan New Zealand yang mengharamkan Huawei dari membekalkan kelengkapan 5G mereka untuk kegunaan sistem selular. Antara alasan yang diberikan ialah Huawei dikatakan melakukan intipan siber bagi pihak China. Huawei menolak sekeras-kerasnya tuduhan yang diberikan dan menegaskan mereka menghormati undang-undang dimana mereka beroperasi.

Ketika dialog Tun Mahathir di Oxford Union, Perdana Menteri disoal tentang pendirian kerajaan Malaysia mengenai penggunaan infrastruktur 5G Huawei di negara. Beliau mengatakan Malaysia akan melakukan kajian terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan mengharamkannya kerana tidak hanya mahu mengikut apa yang dilakukan oleh negara lain. Pada waktu yang sama Malaysia belum menemui sebarang bukti Huawei melakukan aktiviti pengintipan di negara kita.

Pada bulan November 2018, SKMM telah membuka panggilan kepada syarikat yang ingin menyertai ujian untuk rangkaian generasi baru ini di Cyberjaya. Huawei adalah antara syarikat yang dimasukkan dalam pasukan petugas 5G negara bersama ZTE dan Ericsson.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd