Carian
Ducati Turut Mempunyai Perancangan Menghasilkan Motosikal Berkuasa Elektrik
January 21, 2019 Effi Saharudin

Motosikal Ducati terkenal dengan kemampuannya di litar dan juga pengguna lebuhraya. Ducati Panigale R ialah antara motosikal terpantas di dunia dengan kelajuan maksimum mencecah 325 km/j. Tetapi dunia kenderaan dua roda kini sedang menjalani evolusi ke penggunaan sistem kuasa elektrik dan Ducati juga tidak mahu ketinggalan.

Ketika berucap di acara Motostudent di Sepanyol. CEO Ducati Claudio Domenicali dipetik menyebut masa hadapan syarikat ini ialah elektrik. Ducati juga dikatakan sudah bersedia untuk melancarkan motosikal elektrik pertama mereka. Sebelum ini hanya motosikal elektrik konsep Ducati Zero pernah diperlihatkan.

Di CES yang lalu Harley Davidson telah melancarkan motosikal elektrik pertama mereka secara rasmi. Dengan nama-nama besar juga telah menggunakan teknologi yang lebih mesra alam, mungkinkah suatu masa nanti deruman enjin motosikal berkuasa konvensional akan hanya kekal sebagai memori silam.

Komen