Cari @ Amanz

Perkhidmatan perbankan Bank Simpanan Nasional menghadapi masalah pada penghujung minggu lepas, dimana pelbagai transaksi tidak boleh dilakukan – termasuk penggunaan perkhidmatan ATM untuk mengeluarkan duit dan sebagainya. Setelah dinantikan sekian lama, kini pihak BSN telah pun mengumumkan yang mana perkhidmatan ATM mereka kembali beroperasi seperti biasa.

Dengan ini, pengguna boleh melakukan pelbagai transaksi perbankan menggunakan ATM BSN seperti biasa kembali. Pihak BSN tidak mengumumkan apakah yang menyebabkan masalah ini berlaku.

Selari dengan ini juga, pihak BSN mengatakan perkhidmatan perbankan ATM akan dilanjutkan sehingga 2 pagi 22 Januari 2019, dan akan kembali beroperasi seperti biasa bermula 7 pagi esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd