Cari @ Amanz

Samsung Gear S3 dan Gear Sport adalah dua jam tangan pintar yang menggunakan sistem operasi Tizen. Walaupun sudah agak berusia, kemas kini perisian Tizen 4.0.0.2 kini mula diterima oleh pengguna jam tangan pintar ini di Amerika Syarikat. Dengan kemas kini ini, Gear S3 dan Sport akhirnya menggunakan versi yang sama seperti Galaxy Watch yang dilancarkan tahun lalu.

Saiz kemas kini ialah hampir 300 MB. Antara pembaharuan yang dibawa ialah kemampuan mengesan lebih banyak jenis senaman yang dilakukan di dalam kawasan tertutup. Widget Samsung Health juga memaparkan pola tidur pengguna yang tidak disokong sebelum ini. Disamping itu skrin juga menerima tetapan baharu Theater dan Sleep yang boleh diaktifkan terus dari pintasan pantas dengan menatal skrin ke bawah. Buat masa ini kemas kini ini masih belum diterima untuk pengguna di Malaysia tetapi kebiasaannya akan tiba dalam masa beberapa minggu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd