Samsung Melancarkan Skrin OLED 4K Sebesar 15.6-Inci

Samsung Melancarkan Skrin OLED 4K Sebesar 15.6-Inci

Diterbitkan pada Jan 24, 2019 oleh .

Teknologi OLED telah digunakan oleh Samsung pada peranti mereka sejak 2010 dengan Samsung Galaxy S. Penggunaan panel ini akhirnya menjadi ikutan pegeluar lain selepas harga panel mula menjadi lebih mampu milik. Hari ini Samsung Display melancarkan pula skrin OLED 4K 15.6″ (3840X2160 pixel) pertama di dunia untuk kegunaan komputer riba.

Dengan panel ini proses melakukan suntingan video dan gambar akan menjadi lebih tepat kerana kemampuan memaparkan warna yang lebih tepat berbanding LCD. Ia mampu memaparkan lebih dari 32 juta warna yang lebih dua kali ganda lebih tinggi berbanding LCD, menyokong format DCI-P3, HDR dan keterangan maksimum 600 nits. Pengeluaran akan bermula pada bulan Februari 2019.

Tahun ini melihat pengeluar komputer riba mula berjinak-jinak dengan skrin OLED secara lebih meluas. Di CES Lenovo dan Dell telahpun memperlihatkan beberapa model dengan skrin ini. Samsung bukan satu-satunya pengeluar panel OLED untuk komputer riba. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, SEL turut telah melancarkan dua skrin OLED 8K yang bersaiz  13.3″ dan 8.3″,


TIPS & ULASAN