Carian
Panel OLED 13.3″ Dan 8.3″ Dengan Resolusi 8K Serta Kadar Segar Semula 120Hz Telah Dihasilkan
January 3, 2019 Effi Saharudin

Panel 8K OLED buat masa ini sudah ditawarkan pada televisyen kelas tinggi dengan saiz skrin mencecah 85-inci. LG dan Samsung adalah dua syarikat yang menawarkan skrin TV pada resolusi yang amat tinggi ini bagi mereka yang berkemampuan. Dalam masa terdekat panel skrin 8K bersaiz kecil akan menjadi kenyataan.

Semiconductor Energy Laboratory (SEL) telah memperlihatkan panel OLED bersaiz 13.3″ dan 8.3″ dengan resolusi 8K. Panel 13,3″ turut menyokong kadar segar semula 120Hz manakala panel 8.3″ pula pada kadar segar semula 60Hz.

Dengan resolusi 7680×4320 pixel, panel 8.3″ ini mempunyai kepadatan pixel 1062 PPI. Ini menjadikannya panel dengan kepadatan pixel tertinggi melangkaui 806 PPI yang ditemui pada skrin 5.5″ Sony Xperia Z5 Premium tiga tahun yang lalu.

Tidak seperti Samsung dan LG, SEL tidak mempunyai kemampuan untuk mengilangkan panel mereka sendiri. Mereka kini sedang mencari rakan perniagaan yang boleh menghasilkan tablet dan komputer riba dengan skrin beresolusi amat tinggi mereka ini.

Komen