Fungsi Dompet Kriptowang Untuk Samsung Galaxy S10 Tertiris

Fungsi Dompet Kriptowang Untuk Samsung Galaxy S10 Tertiris

Diterbitkan pada Jan 24, 2019 oleh .

Selain penggunaan skrin berlubang dan tri-kamera, terdapat ura-ura Samsung Galaxy S10 akan menyokong dompet kriptowang rantaian blok pada Disember lalu. Ura-ura ini nampaknya disahkan menerusi gambar sebuah Galaxy S10 yang telah ditiriskan oleh kicauan @VenyaGeskin1 pagi ini.

Gambar jelas menunjukkan paparan skrin Samsung Blockchain Keystore pada sebuah Galaxy S10. Setakat ini ia nampaknya menyokong hanya Ethereum. Sokongan matawang kripto lain mungkin akan ditambah apabila peranti dijual sekitar bulan Mac ini. Samsung Galaxy 10 dan peranti dengan skrin boleh-lipat Galaxy F akan dilancarkan pada 20 Februari kelak. Maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Blockchain Keystore pasti akan dikongsi pada tarikh tersebut.


TIPS & ULASAN