Cari @ Amanz

Google Memgambil Kakitangan Veteran Apple Untuk Membawa Fuchsia OS Ke Pasaran

Link Copied!

Fuchsia OS adalah sistem operasi baru daripada Google. Sudah lama Google bangunkan sistem operasi ini, tetapi sehingga hari ini ia masih kekal misteri. Lebih-lebih lagi, selepas mereka mengubah keseluruhan sistem untuk tidak menyerupai rekaan Armadillo.

Terkini, Google dilihat telah mengambil pekerja veteran Apple – Bill Stevenson untuk membawa Fuchsia OS ke pasaran. Bill Stevenson sudah bekerja di Apple selama hampir 15 tahun sebagai pengurus kanan untuk bahagian pengurusan Mac/Windows, pernah membantu projek-projek berkaitan awan seperti iCloud, AirPlay atau Find my iPhone.

Dengan pengalaman Bill, ia mungkin akan membantu Google dalam mempercepatkan proses Fuchsia OS untuk menyokong aplikasi Android dan kelak hadir ke pasaran. Adakah kemungkinan kita akan lihat pengumuman Fuchsia OS tahun ini, atau sekurang-kurangnya acah rasmi dari Google? Sama-sama kita nantikan.


Komen ()