Huawei pada tahun lepas telah mendahului Apple dari segi pengeluaran telefon pintar, sekaligus menduduki tangga kedua dunia sebagai pengeluar telefon pintar – hanya dibelakang Samsung. Kini, bercakap mengenainya, pihak Huawei mengatakan akan menjadi pengeluar terkemuka dunia pada tahun ini.
Pengumuman ini sekaligus memperlihatkan Huawei akan mengatasi pihak Samsung dari segi angka pengeluaran telefon pintar pada tahun 2019 ini.
Huawei turut mengatakan mereka boleh mencapainya walaupun tanpa memerlukan pasaran Amerika Syarikat.
Huawei pada tahun ini telah pun melancarkan Huawei Nova 4, selain menyasarkan untuk memperkenalkan telefon boleh-lipat dengan sokongan rangkaian 5G pada acara MWC 2019 bulan Februari ini.