Redmi Go Tertiris – Telefon Pintar Penawaran Asas Menggunakan Android Go

Redmi Go Tertiris – Telefon Pintar Penawaran Asas Menggunakan Android Go

Diterbitkan pada Jan 25, 2019 oleh .

Xiaomi sedia menawarkan pelbagai variasi telefon pintar pada harga mampu-milik. Kini, ia nampaknya, pengeluar telefon pintar berkenaan turut menyasarkan untuk hadir dengan telefon pintar berharga lebih kompetitif melalui penawaran telefon Android Go mereka tersendiri.

Redmi Go

Dinamakan Redmi Go, ia hadir dengan penawaran sangat asas, dan rekaan telefon pintar yang biasa. Melalui info tertiris, ia dijana cip Snapdragon 425, memori 1GB RAM, dan storan 8GB. Melengkapkannya juga adalah skrin 5-inci pada resolusi 1280×720 pixel, bateri berkapasiti 3000mAh, dan pengecasan berasaskan mikro-USB.

Untuk rakaman gambar, ia dijana kamera belakang 8-megapixel, selain kamera hadapan 5-megapixel.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Redmi (sub-jenama Xiaomi) akan mengumumkan peranti ini secara rasminya. Mungkin kita boleh menyasarkan harganya kurang RM300 kelak ketika pelancaran.


TIPS & ULASAN